Monday, April 14, 2014

review : kad kahwin

Assalamualaikum..

wow lama gile xupdate blog
hampir sebulan ! huwaa
kemalasan berganda lol..haha
entry ni era nk review bout my invitation card
kad ni simple-simple je
cari yang paling murah
xnak membazir pasal kad
nanti orang buang jugak kan?kiki
dan yang paling penting
i like it ! sama macam yang diidam-idamkan ! haha
ok dah ! stop membebel !
jom kita tengok gambar kad tu

bahagian depan dan belakang
bahagian dalam
kad ni ditempah untuk kedua-dua majlis
maksudnya majlis dua-dua belah pihak, 
laki ngan pompuan tercatat dalam satu kad
lagi jimat dan x memeningkan kepala era untuk pikir..haha
lagipon senang ! 
xperlu nak hadap sangat dengan persoalan makcik-makcik,
pakcik-pakcik yang nak tau siapa yang berjaya mencuri hati i nih
hahaha bajet hot sangat kau era ! kiki

selepas dilipat, kad tersebut akan jadi macam ni

yang ni bahagian peta..kat belakang sekali
 sape-sape yang kenal rumah kedua-dua pengantin tu
sila datang ye..
yang xkenal tu, datang la jugak
peta dah ada ni..haha

yang ni bahagian dalam..
atas majlis umah era, bawah majlis umah incip tunang saya
ok la..tu je yang nak direview untuk entry kali ni
semoga bertemu lagi
daaa... =)

Tuesday, March 18, 2014

si buah hati dah sihat

Assalamualikum..

Alhamdulillah.. si buah hati saya dah sihat sepenuhnya
dah boleh keluar 'wad'
sekarang, era baru je sampai opis
pegi ambik si buah hati kat 'wad' dia
hehe 

dah xde skirt kat depan..huhu
gembira tak terkata
perasaan takut pon ada
3 minggu tak drive kereta
lepas ni dah xsusahkan orang lain lagi dah
syukur sangat-sangat

Sunday, March 16, 2014

manjanya saya !

Assalamualaikum..

Manjanya era pagi nih
datang keje suruh tok ayah hantar
hahaha
maaf tok ayah.
pagi-pagi lagi kakcik susahkan tok ayah
tapi bestttt !
xpenah naik motor ngan tok ayah bila dah besar ni
kecik-kecik dulu penah la
kikiki

Thursday, March 13, 2014

90% almost done

Assalamualaikum..

hari ni nak update pasal my sweetheart
baru balik dari bengkel je ni
melawat my sweetheart yang hampir 2minggu masuk "wad"

90% almost done !
yeay ! minggu depan dah boleh kuar "wad"
hehehe syukur sangat-sangat !
dah x sanggup dah nk menyusahkan orang
terutama adik era
hari-hari pinjam motor dia pegi keje
huhuhu

Sunday, March 02, 2014

bakal anak sedara saya dah keluar

Assalamualaikum..

amboi ! kemain lagi tajuk
excited terlebih !
tu bukan anak sedara betol lagi tu
dah excited macam dapat anak sedara betol dah
hahaha
 anak sedara era ni, 
opsss ! bakal okehhh hehe
bakal anak sedara era ni lahir pada 26 Feb 2014
tarikh sama dengan kejadian yang menimpa my sweetheart
maksudnya hari tu era dapat dua perkara
satu, perkara yang amat menyedihkan
dan satu lagi perkara yang mengembirakan
ingat lagi tak dengan entry lepas?
pasal bakal adik ipar era yang dah overdue tu?
haa sekarang beliau dah selamat melahirkan seorang putera
yang merupakan anak sulung bagi keluarga bakal adik ipar era
dan cucu sulung bagi keluarga bakal mak mertua era
hehehe
tahniah kakngoh !
thanks kawan-kawan yang mendoakan beliau ! hehe
nk tengok gambar baby?
terjah la ke Fb beliau, Nur Munirah ye ! 

Thursday, February 27, 2014

my sweetheart jadi mangsa keadaan

Assalamualaikum..

Semalam era x datang kerja
sebab era excident, langgar motor
tp bukan salah era tau, pakcik tu yang salah
kesian my sweewtheart, jadi mangsa keadaan

keadaan kereta lepas langgar pakcik tu
ceritanya macam ni
pagi semalam, era ondaway nak pegi kerja
sampai dipertengahan jalan
tiba-tiba pakcik yang baru keluar dari kedai makan
terus melintas ke seberang jalan tanpa melihat kiri @ kanan
masa tu, era dah dekat sangat dengan dia
kat sebelah kereta era ada sorang pemuda yang tengah bawa motor
era dah bagi isyarat hon dah kat pakcik tu
tapi pakcik tu teruskan juga perjalanannya
era cuba mengelak dari melanggar mana-mana penunggang motor tu
tetapi akhirnya terpaksa langgar juga
era langgar pakcik tu
dan yang paling menyedihkan
lepas my sweetheart langgar pakcik tu
langgar pulak tunggul kayu yang berada di tepi jalan
and then terus masuk parit kat sebelah tu


nasib baik era xde pape
pakcik tu pn xde pape gak kot
cuma calar-calar sikit je
yang banyak mengalami kerosakan adalah my sweetheart la
sebabnya kat bahagian bawah kereta tu
ada tunggul kayu kat depan belakang kereta

mak era tengah check tunggul kayu kat bawah kereta
keadaan kereta bahagian depan
keadaan kereta yang menjunam ke dalam parit
kereta without side mirror
bahagian belakang xde pape, cuma kat bawah tu je yang teruk

Sunday, February 23, 2014

bakal adik ipar dah overdue

Assalamualaikum..

kesian kat bakal adik ipar era
banyak dugaan yang beliau hadapi sepanjang perkahwinan beliau
dulu, masa baru-baru kahwin
beliau dah miscarriage
xlama lepas tu beliau disahkan pregnant lagi
tp time tu Alhamdulillah, kandungan beliau sihat walafiat
dan sekarang, dugaan lagi buat beliau
beliau dah overdue
sepatutnya beliau dijangka bersalin pada 17hb Feb
tapi sekarang dah 23hb dah
beliau dah overdue for 6days
biasa kalau dah overdue macam ni
doktor akan bagi ubat tuk paksa bersalin
orang cakap bila kena paksa mesti sakit
huhuhu harap-harap bakal adik ipar era xkena paksa bersalin
harap sangat beliau akan melahirkan anak sulung beliau dengan selamat
era doakan agar dipermudahkan urusan kakngoh tuk bersalin
harap kakngoh banyak-banyak bersabar dengan dugaan ni
sesungguhnya Allah sayangkan orang-orang yang sabar
dan kawan-kawan yang baca entry ni,
era mintak kalian untuk mendoakan bakal adik ipar era
agar dapat bersalin sebelum beliau kena paksa bersalin
semoga Allah permudahkan urusan kakngoh
amiin..thanks ye kawan-kawan !

dugaan hari ini

Assalamualaikum..

Aduhh..lama betol xngupdate blog ni
busy sungguh bulan ni
sememangnya bulan Feb adalah bulan busy bg diriku
cewaahhh ! ayat xleh blah je kan? haha
maklum la, koperasi nak buat mesyuarat agong kan
hari ni, era nk cerita pasal dugaan yang era hadapi
pertama sekali, hari ni semua bank,
mesin-mesin atm penuh sesak dengan rakyat Malaysia
yang nak keluarkan duit BR1M
yang kedua, era terlupa yang era kena keluarkan
sejumlah wang dari akaun untuk bayar elaun mesyuarat agong nanti
pastu nak kena ambik duit untuk bayar kad lagi
yang nak bayar elaun mesyuarat tu era dah settlekan
cuma yang nak bayar kad je belum lagi
sebab duit era dah x boleh dikeluarkan
dah sampai limit untuk pengeluaran
huwaa dugaan xleh nak ambik kad lagi
walhal owner kad tu dah cakap yang kad tu dah siap
minggu lepas lagi
sekarang xboleh ambik lagi, kena tunggu esok
huhuhu
sabar je la era.salah sendiri jugak
incip tunang suruh pegi ambik duit awal-awal tu xnak
degil ! sekarang terima la padahnya ! hahaha

Monday, February 03, 2014

tempahan kad kahwin dan cincin nikah

Assalamualaikum..

Pertama sekali era nak ucapkan
Happy Chinese New Year 
kepada sesiapa yang menyambut tahun baru cina
bahahaha

Sempena cuti sambutan tahun baru cina ni
incip tunang era balik kampung, cuti lima hari
huwaaa best gile !
tp sayangnya kami boleh jumpa hanya untuk satu hari je
ok la tu kan daripada xleh jumpa langsung

Dan semalam, kami keluar dating
cehhh ! dating la sangat..haha
actually bukan dating pon
kami keluar pegi settlekan 
pasal kad kahwin dengan beli cincin untuk si dia
dan semalam jugak adalah hari pertama
incip tunang ambik era kat rumah !
bahagia rasa sebab dia xpenah ambik era kat rumah 
selama kenal dengan dia
hahaha

mula-mula kami pegi tempah kad
kami tempah dekat Pelangi Design,
dekat Bangunan MARA Bachok
nasib baik kedai tu buka
nanti era review kad yang dah siap ye
era tempah yang simple-simple je, murah, xnak bazirkan duit tuk kad
sebab nanti orang buang jugak kann? hehe


lepas settle pasal kad, terus ke Jerteh
beli cincin untuk incip tunang lak
semangat betol incip tunang saya
sanggup drive dari Bachok ke Jerteh
semata-mata kerana nak beli cincin untuk dia
hahahaha


cincin kat situ memang murah gile la
harga kasih sayang yang diorang bagi
dan diorang akan cari barang yang kita nak tu sesuai dengan bajet kita
macam contoh : era bajet harga cincin incip tunang ni
dalam RM200.00 je
diorang akan bagi cincin yang harga RM200 jugak
memang cantik, sesuai dengan bajet
hehehe


opppss ! terjatuh cinta dengan kedai ni la
hahaha

Thursday, January 30, 2014

HIV Test

Assalamualaikum..

Hari ni settle satu perkara dalam wed preparation
that is HIV Test atau Ujian Saringan HIV
sekejap je buat ujian ni
era pegi klinik dalam pukul 10
lebih kurang 15minit dah boleh balik
tu pon sebab xramai bakal pengantin yang nak buat HIV Test ni
ada dua tiga orang je bakal pengantin tadi
dan HIV Test ni hanya sah dibuat 
di klinik-klinik kerajaan sahaja
ujian ni sahlaku dalam tempoh masa enam bulan 
selepas tarikh buat HIV Test
maksudnya, bakal pengantin perlu berkahwin 
dalam masa enam bulan selepas ujian HIV dibuat
dan nurse tu cakap
tanda-tanda awal HIV ni masih tak dapat dikesan
dalam masa enam bulan selepas ujian ni
so, kita kena buat ujian ni sekali lagi 
selepas enam bulan dari tarikh ujian pertama
kalau kita atau pasangan kita tu terlibat
dengan perkara-perkara yang terjerumus kepada HIV la
kalau tak, tak payah buat dah..hehe

dan nak bagitau satu benda lagi
yang ni era ada terbaca dalam blog-blog ex-B2B
dia kata ada sesetengah kawasan,
tok imam dia nak result HIV Test 
yang dibuat di klinik-klinik kerajaan yang sama macam alamat rumah dalam ic
contohnya kalau alamat rumah kita kat kelantan,
kita kena buat ujian tu kat kelantan jugak
tu bagi sesetengah kawasan/negeri la
era punya xtau lagi macam mana
sebab era x ambik lg borang nikah
baru siap buat HIV Test je dulu
lagipon incip tunang xbalik kg lagi
borang nikah dia x settle lagi
hehe

Wednesday, January 29, 2014

murah rezeki

Assalamualaikum..

Semakin dekat dengan sambutan Tahun Baru Cina ni
semakin murah rezeki
selalu dapat buah limau
tadi lepas g hantar cek dekat supplier anak ayam koperasi
dapat lagi 2kotak buah limau
bawa balik, share satu opis
sharing is caring, right? haha

gambar ihsan incip gugel 
nanti nak bawa balik bagi kat adik adik lak
dapat la diorang merasa makan buah limau free
hehehe

Thursday, January 23, 2014

wedding ex-rumate

Assalamualaikum..

Actually cerita nih dah lama berlaku
hari Jumaat minggu lepas kalo xsilap
baru hari ni nak upload
gara gara penyakit M menguasai diri
dan PC pulak yg buat hal, windows xleh buka
hahaha 

gojesss u !!
ex-rumate era, Syazwana dah selamat jadi isteri orang
pada 17 Januari 2014 yang lalu
baru beberapa bulan beliau bertunang
sekarang dah jadi isteri orang

cik ct and wana..opppss ! dah jadi Puan la..haha
Yang ni memang wajib ada
era punya BFF kot..hahaha
ambik gambar bersama pengantin
moga2 akan mengikut jejak langkah Puan Wana lepas ni
hehehe betol dak ct??

me and Puan wana !
Ambik berkat sikit
moga2 aura pengantin melekat kat era lak
hahaha


Yang ni pelamin dia
memang gojes gile nampak
simple2 je tapi cantik !

ok tu je nk update
era punya majlis lagi 4bulan
moga segala2nya dipermudahkan hendak-Nya
doa2kan ye kawan kawan ! =)

Monday, January 13, 2014

handmade dress labuh

Assalamualaikum..

Update pertama untuk tahun baru 2014
hahaha by the way,
Selamat Tahun Baru buat semua
semoga tahun ni menjadi 
tahun yang lebih bermakna buat kita semua
semoga kita mendapat hidayah dari Allah S.W.T.
dam sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat-Nya selalu

haa berbalik pada tajuk entri kali ni
taaarrrraaaaaaaaaaaaaa !

cantik x? comel macam kak ton x? hahaha
Handmade dress labuh designed by cik ct
bukan era yang buat tau !
hahahaha 
walaupun dia xpenah ambik apa apa kursus menjahit
tapi dia boleh menjahit dress
dan era adalah orang dewasa yang pertama
yang menjadi bahan eksperimen beliau
untuk projek menjahit dress
thanks cik ct sebab jahitkan era dress ni
cantik sangat ! i like it damn much !
created by blogkisahku.errahafiera@blogspot.com