Monday, December 23, 2013

DIY Bunga Telur kertas crepe

Assalamualaikum..

Just nak tunjuk gambar bunga telur era je
hahaha

ni la dia bunga telur kertas crepe
cantik tak?? hahaha
warna terpaksa dirahsiakan lagi
nanti era tunjuk gambar yang real punya
bila tiba masanya nanti ye
nak tutorial bunga ni, sila ke Blog Kak Masha ye
era pon belajar buat dari blog kak masha jugak
baca dan study sampai paham
kat blog tu semua ada
satu persatu tuto yang dia buat
memang berguna dan sesuai sangat
 untuk sape sape yang nak kawen tapi bajet ciput 
macam era !
hehehe

psst : era baru siapkan 60kuntum bunga telur je..huwaaaa banyak lagi ! 

yeay ! tiket dah beli

 Assalamualaikum..

remember that date ! 24 Disember 2013
Amboi ! kemain lagi tajuk..hahaha
actually era beli tiket sebab nak g KL
nak g jumpa kawan merangkap twin
nak g celebrate bufday sama sama
dah lama xjumpa dia
rindu sangat dengan dia
dah hampir dua tahun dah kami xjumpa
huhuhu
and the most important thing
nak g jumpa si jantung hati jugak
incik tunang terchentaaa ! hahaha
kami nak pegi shopping barang barang kawen sama sama
incik tunang yang suggest suruh
pegi time time hujung tahun camni
banyak sale katanya
so, sambil menyelam, minum air la kita 
hihihi
alang alang nak jumpa twin
shopping la sekali barang barang kawen kan?

ni la TWIN saya !
cantik tak twin saya?
cepat la cakap cantik !
kalo tak merajuk lak dia
hahaha sori twin.jangan marah tau !
nanti cepat tua ! kikiki
miss HER sooooooo much !
and miss HIM soooo much much much more !! haha

Thursday, December 19, 2013

Angah dah balik

Assalamualaikum...

Adushhh ! lama bebenor xngapdet belog
rindu sangat nak updet
tapi no idea la
huhuhu
yang ni pon entry pendek je
cuma nak bagitau 
Angah dah balik !
sangat rindu dekat adik yang sorang ni
xtau kenapa boleh rindu dengan dia
dengan abang xrindu pulak
mungkin abang selalu buli saya kot
hahahahaha
adik adik yang lain bukan xrindu
tapi dah selalu jumpa, hari hari jumpa
mungkin dah jemu
hahahhaha ngek je ayat kan?
mungkin tahun depan akan merasai 
perasaan rindu pada semua orang
opsss ! hahahaha
kbai !
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

sumber : google
dan jangan lupa
esok bufday saya tau ! hahaha
bai ! =P

Thursday, December 12, 2013

Ajihs nasi lemak 80sen lagi

Assalamualaikum..

Lamanya tak ngapdet belog
sangat rindukan nak ngapdet belog ni
tapi...idea xde lol
huhuhuhu sian belog saye !
jadi hari ni era ambik kesempatan
tuk apdet jugak belog ni
walau kisahnya dah pon berlaku
bahahhahahha

ini semalam punya cenghita 
kami keluar dating bersama
dengan sape??
sape lagi kalo bukan dengan my BFF dunia dan akhirat
hehehe kali ni bukan dengan incik tunang ye
buat masa ni incik tunang xde kat kampung
dia dekat negeri orang
keje ! cari rezeki untuk bakal isteri dia yang kiut miut ni
bahahhahaha perasan tol !

nak tau x kami pegi mana?
ni haa kami pegi sini..
kenal x kat mana ni?
baca tajuk la kalo xkenal tempat ni
malaih aih nak cakap banyak kali
hahahahahaha

piya oh piya !

nak jugak ambik gambar dengan gambar piya kat belakang

yeay ! nasi dah sampai

amboi cik wani ! xsabar nak makan nampak..kikiki

ambik gambar sendiri je..setting masa kat HP
and the last one.gambar tuan punya belog yang semakin membulaaatt ! huwaaaa
 maaf la ye.layan gambar je !
xtau nak taip apa
bak kata perumpamaan
"biar gambar berbicara"
ceh ! hahahahaha

Wednesday, December 04, 2013

welcome disember !

Assalamualikum...

Dah masuk bulan Disember dah kita ni ye
cepat je masa berlalu
untuk entry kali ni
era xtau nak update pasal apa
xde idea langsung
tapi nak jugak update blog ni
kesian dia !
sepi tanpa sebarang entry untuk bulan ni
huhuhuhu 
ni pon entry pendek je
merepek je keje
huwaaaa nasib la ye 
 k.bai ! hahaha

Thursday, November 28, 2013

DIY guestbook

Assalamualaikum..

Semalam berblogwalking
mencari idea bagi projek B2B 
macam macam dalam kepala ni
semua nak DIY sendiri
dan tiba tiba
singgah di satu blog akak ni
dia buat Guestbook sendiri
sangat comel dan kreatif !

ni haa blog akak tu
dan dengan tiba tiba jugak
terus era dapat idea 
macam mana nak DIY Guestbook ni
tapi era buat guna Microsoft Word je
bukan guna Photoshop macam akak ni
era copypaste gambar dari internet
pastu convert kepada Ms Word
tapi design lebih kurang sama je
sori akak ! era tiru akak punya design
hehehe era x kreatif macam akak
maaf ye kak.mintak dihalalkan ye akak punya design tu

Helaian untuk tulis ucapan..hehe
 haa ni la dia era punya design
hasil idea dari blog akak riesha ariesha
cuma yang akak tu punya lagi cantik
siap ada cover kat tepi lagi
era try cari tapi xjumpa kat Ms Word ni
kena belajar lagi tentang Ms Word ni
hehehe

cover depan..bukan kulit dia lagi ni tau !
yang ni pulak cover depan dia
depan helaian tempat kawan kawan nak tulis ucapan
hahaha siap ada cover depan lagi tu
kikiki idea akak Riesha la ni
nak jugak tiru dia punya cover depan kan
tapi sayangnya tarikh xde lagi
so Guestbook ni xleh nak print lagi la
huhuhuhuhu

era bagitau incik tunang pasal ni
dia cakap ok je
era cakap nak buat untuk dia satu
terus dia setuju
mentang mentang la era yang nak buat
bagi FREE lak tu
laju je dia setuju hahaha
nanti era review ye bila dah siap Guestbook ni

Monday, November 25, 2013

yess ! bangga sat !

Assalamualaikum..

Sedihkan bila selalu kena kutuk
selalu je orang cakap kita ni pendek
tapi xpe ! statement UAI ni 
telah membuatkan era terasa begitu berbangga sekali
terasa sangat sangat bersyukur dengan ciptaan Allah ni
( aikkk ? macam la selama ni xbersyukur ! )
hahahahaha
nak tau pe dia?? scroll bawah ye....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
taaaaarrrrraaaaaaaaaaaaa !!!


sape sape yang penah kutuk era tu
cepat cepat la insaf ye !
dan akui la statement UAI ni
bahawasa ianya betol !
hahahaha
bangga sekejap bila UAI buat statement ni
hati pn berbunga bunga je
ada jugak yang kata 
orang perempuan yang PENDEK sebenarnya COMEL !
dan untung incik tunang saya
sebab dapat tunang yang PENDEK dan COMEL
macam saya !

Thursday, November 21, 2013

lepaking

Assalamualaikum..

Hai senangnya dalam hati
bila bos xde kat ofis ni
terasa aman dunia sekejap
hahahaha*gelak jahat !
hari ni hari kedua bos xde kat ofis
bos dan beberapa orang staff pegi 
ke seminar kenaf dan koperasi
sempena sambutan ulangtahun ke 40
penubuhan LKTN di KL
dah 40 tahun dah LKTN ni ditubuhkan
dan malam ni akan disambut 
dengan majlis makan malam di Istana Hotel

bila bos xde kat ofis
anak anak buah bos pon turut xde jugak
masing masing sibuk mengular
ambik kesempatan untuk keluar time keje
ada yang masuk punch kad waktu pagi
pastu keluar entah kemana sampai petang
ada yang keluar pastu dah xmasuk lg dah kat ofis
balik awal, kad suruh orang lain punch
aku le tu ! kikiki kadang kadang je
tapi biasanya aku yang jadi mangsa 
tolong punch kad orang lain

time ni makan cocktail buatan kaksu
kalau dulu, time kak ayu, kak su dan kak ira ada
mesti seronok. lagi lagi time bos xde camni
selalu main masak masak, makan makan
pusat pemasaran la tempat kami melepak
pusat pemasaran tu sebelah ofis ni je

time ni makan maggi.request dari bebudak laki !
tapi sekarang, dah xmacam dulu lagi dah
semua dah pindah
tinggal era dengan kak ira je
dan sekarang ni kak ira lak cuti
cuti bersalin anak kedua
tahun depan baru masuk balik
huwaaaa keboringan bila xde orang kat ofis
kak ayu, kak su yang pergi, datang pulak kak yam
tapi dia tu orang lama
mana masuk dengan jiwa era
tiap kali nak bercakap dengan dia
mesti kena berhati hati
kena jaga hati orang tua woiii !
kang sentap kang naya !
jadi isu pulak, kes xhormat orang tua
kurang ajar le jadinya
huhuhuhu mintak dijauhkan la ye !

Tuesday, November 19, 2013

review : DIY pelamin tunang

Assalamualaikum..

Entri ni era nak update pasal 
mini pelamin tunang era hari tu
pelamin yang telah di'DIY'kan oleh era
dibantu oleh kawan kawan yang superb sporting + kreatif
era just cakap nak buat pelamin sendiri je
kawan kawan yang merealisasikan impian era tu
hihihihihi
xsangka diorang sangat sangat kreatif
dan ini hasilnya...

taraaaaa !
weeehaaaa !
pelamin yang sangat cantik !
ramai yang puji pasal pelamin ni

suka gambar ni ! ayu je kan? hihihi
mak sedara, kazen kazen sume xpercaya 
yang kawan kawan era buat pelamin ni
diorang xsangka kawan kawan era mampu buat pelamin macam ni
walau xada pengalaman dalam men'deco' ni

bila berdiri, bunga tu nampak macam mahkota la pulak ! kikiki
segunung ucapan tengkiu
buat kawan kawan era yang membantu
dalam merealisasikan impian era ni
sangat sangat suka dengan hasil kreativiti anda
sangat cantik !
sungguh teruja bila tengok pelamin ni
sampai sekarang mood bertunang
masih lagi bertandang di jiwa ini 
kikikikiki *penangan DIY pelamin yang superb cantik !

Monday, November 18, 2013

advance wedding's wishes from atiq and the geng

Assalamualaikum..

Minggu lepas, hari khamis
era balik keje terus masuk bilik
sebab nak mandi, then solat asar
masa ni xperasan lagi ada something kat atas katil
lepas mandi, nak solat
tiba tiba terpandang kat katil
ada something kat tengah tengah katil
cantik je dia letak kat tengah tengah katil tu


ni la dia something tu
hahahahha
ada surat woooo
dari ATIQ and the geng !
khas untuk kakak dan bakal abang ipar dia
kat dalam sampul tu ada dua keping surat

surat pertama
haa nampak x apa yang diorang tulis tu?
kalau xnampak, ni era tolong taipkan balik ye !

"Selamat Menyambut Hari Perkahwinan Razmahera & Nik Muhammad Hafizi"

surat kedua
yang ni panjang sikit
habis semua nama mak, ayah
adik beradik 
atok nenek
mak mak sedara
pak pak sedara 
sepupu sepapat dia tulis
ni haa wishes dia

"Selamat Menyambut Perkahwinan Nik Muhammad Hafizi bin Ibrahim & Nur Razmahera Bt Razali"
1. Razali bin Zakaria               11.Nur Anis Atiqah
2.Ramlah bt Zakaria             12.Pok Udo
3. Muhammad Razmie           13.Balqis
4. Nur Razmahera (errkk ! tetiba namaku ada Nur kat depan)
5.                       (xtau nama penuh Angah)
6.Muhammad Razman               14.Adam
7.Adawiyah                 15.Abibillah
8. Mak Udo            16.Tok Mek
9.Tok Ayah         17.Pok teh
10.Mok Teh          18.Lokman             19.Akmal

ni la kedua dua advance wedding's wishes kami !
lepas baca surat surat ni
era bantai gelak sorang sorang
hahahaha
nakal jugak adik era yang sorang ni ye !
over-excited nak terima bakal abang ipar kot !
hahahahha
atiq dah xsabar nak terima abang ipar
era lagi xsabar nak terima incik suami !
hahahhahhaha *errrkk ! gedik !

Monday, November 11, 2013

broadband baru

Assalamualaikum..

semalam era beli no maxis 
beli untuk broadband punya
modem dah lama beli
adik yang belikan time promosi dekat Kuantan
tapi no dia dah hilang
era belikan sebagai ganti
tapi yang xbestnya
era xberapa pandai nak guna broadband ni
susah nak connect
bila dah connect, kejap je
pastu hilang balik
eeee xpaham la dengan broadband ni
dah la lembap !
macam siput sedut je !
ke memang style broadband macam tu?
selalu kena refresh, 
kena cabut dulu then masukkan balik
ada sape sape boleh tolong tak?
blurr ni, xpenah ada broadband sendiri sebelum ni
huhuhuhu

Sunday, November 10, 2013

xsuka hidup dikongkong !

Assalamualaikum..

Ada ke sape sape 
yang suka bila hidupnya dikongkong ?
diatur bagaikan sebuah jadual
setiap gerak geri dikawal,
perlu diinform terlebih dahulu
perlu dijelaskan dengan panjang lebar
kalau ada, orang tu memang sangat sangat penyabar
dan pastinya xramai yang suka bila hidup sebegitu kan?

macam era sendiri
era xsuka bila hidup era dikongkong
setiap gerak geri era diambil tahu oleh orang lain
termasuk hal hal peribadi
eeeee memang xsuka !
kalau ada yang macam ni,
alamatnya memang mintak dibenci la tu !
incik tunang era sendiri pon xde la caring sangat
dia xpenah nak kongkong hidup era
dia xkisah apa yang era nak buat
era nak pegi mana sekali pon
asalkan xmenjejaskan hubungan kami

** caring tu bagus.tp kena ingat..jangan terlebih ! nanti ada yang rimas ! 

proses men'DIY' bermula

Assalamualaikum..

Khamis lepas era pegi dekat WS
pegi beli barang barang tuk men'DIY' bunga telur
era pegi dengan cik ct dan cik wani
sambil sambil kuar dating dengan diorang
lama dah kami xpegi dating bersama
kikikiki

era nak DIY sendiri je bunga telur 
untuk wedding era nanti
era dah tanya incik gugel
gambar gambar yang incik gugel tunjuk tu
semua cantik cantik je
dan dalam blog blog B2B yang dah lepas pn
ramai yang DIY sendiri
sangat jimat dan puas hati
lagipun majlis era kan lambat lagi
so, sempat lagi la kalau era start men'DIY' dari sekarang kan??
hehehehe

buat masa ni, era just mahukan
sokongan dari kawan kawan, family semua
untuk menguatkan lagi semangat era 
bagi menjayakan proses DIY era ni
doakan era ye ! =)

Wednesday, November 06, 2013

kek kukus pelangi

Assalamualaikum..

era nak share resepi boleh ke??
hehehe resepi ni era ambik dari belog sape entah
hasil carian incik gugel
and credit to pemilik resepi,
era ucap thanks a lot atas perkongsian resepi
sangat sedap kek tu
resepinya pn mudah
era yang pemalas ni pn jadi rajin nak buat kek tu
hehehe 

ni era kongsikan resepi tu ye

Bahan - bahan :
  • 1 cawan mentega
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 1 1/2 cawan tepung gandum *
  • 1 sudu teh serbuk penaik *
  • 3 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • sedikit esen vanilla
  • pewarna (hijau, kuning, merah, biru)
 > bahagian bertanda * perlu diayak

Cara - cara :
  1. Pukul mentega dengan gula kastor sehingga kembang.
  2. Kemudian, masukkan telur.pukul lagi.
  3. Masukkan susu pekat,esen vanilla dan tepung gandum.gaul sebati.
  4. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan masukkan pewarna.(yang ni ikut suka..nak berapa bahagian..)
  5. Griskan loyang dengan sedikit marjerin.pastu bolehlah masukkan adunan.selang-selikan dengan pilihan warna yang anda bahagikan tu sehingga habis adunan.
  6. Pastu kukus dalam masa 45minit atau sehingga masak. *cucuk lidi satay.kalau adunan kek xmelekat kat lidi tu tandanya kek dah masak !
senang je kan?hehehe
pada yang nak try resepi ni
sila silakan la..
era dah banyak kali dah buat
sangat senang !
dan xperlu banyak kos pon
selamat mencuba ye ! =)

kecemasan !

Assalamualaikum..

kisah ni dah lama berlaku
baru hari ni dapat story mory kat sini
maklum la server internet kat opis kena block dah
dah xboleh nk main FB dah time keje
hahaha padan muka !
selalu sangat main FB time keje !

Bahagian Kecemasan, Klinik Kesihatan Cherang Ruku

kisah kecemasan ni adalah bout my mom
mak era ni terlalu rajin orangnya
xpernah kenal erti duduk diam
ada je keje yang dia nk buat
hari tu, hari last era pegi kursus
balik balik rumah je
tengok mak tengah balut tangan dia dengan kain
kain tu pulak penuh dengan darah
dia kena pisau
sebab gunting pokok bunga punya pasal
sebelah tangan pegang pisau,
sebelah lagi pegang gunting
sekali ngap, terus kena tangan

doktor tengah jahit tangan mak
 lepas maghrib era bawa mak pegi klinik
dekat bahagian kecemasan
mak kena 6 jahitan kat tangan
sangat sangat ngeri 
bila tengok keadaan mak time ni
xsanggup nak tengok mak kena jahit
darah kuar banyak gile
era yang kat luar pn terasa ngeri
mak yang kena jahit tu xtau la rasa macammane

so, moral of the story : jangan terlalu rajin ! nanti makan diri...hahahaha

sepetang bersama

Assalamualaikum..

semalam, era berkerajinan sikit
bawa adik adik balik kampung
sambil jejalan tepi pantai dekat rumah Atok
nak mandi pantai xboleh
sebab cuaca yang tidak mengizinkan
mendung je sepanjang hari
pantai pulak berombak
kami takut nak mandi
so, kami jalan jalan tepi pantai je la

posing depan kubu Jepun
jauh kami berjalan
sampai dekat kubu peninggalan Jepun
dekat dengan Pantai Irama
 
pintu masuk kubu
 pantai ni dah terhakis dah
dah semakin 'terserlah' dah kubu ni
 
yang ni kat dalam kubu !
kalo dulu, nak masuk kubu pn susah
kena merangkak
sekarang dah boleh masuk sesuka hati
xyah merangkak lg dah

dah jauh pn sempat lg !
 Pantai Irama kat belakang kubu tu je
jalan sikit je lagi sampai la kat Pantai Irama

kreatif x ? hehehe
capture terbaik tuk gambar ni adalah
' Posing di dalam posing '
ehh ! boleh ke camtu??
hahahahaha

kursus DONE !

Assalamualaikum..

beberapa hari ni
era xdapat nak online
xdapat nak update blog
jenguk jenguk kat blog pn xdapat
sebab era kena attend satu kursus
Kursus Pra Perkahwinan
hehehhe

kursus tu bermula 29 dan 30 Okt 2013
era ambik kursus tu kat Balai Islam Lundang
hari pertama kursus start pukul 8pagi
kena daftar dulu
sebagai pengesahan kehadiran
time ni incik tunang datang lambat sikit
ramai dah yang masuk dewan
era masih lagi kat luar
sebab tunggu incik tunang
sampai je incik tunang kena marah
sebab pakai seluar jeans
sian dia..huhuhu
tapi nasib baik pegawai tu bagi kelonggaran sikit
dapat la incik tunang teruskan kursus tu
kalo tak, mesti kena repeat
lepas tamat sesi kursus hari pertama
kami pegi dating dekat KFC
request ngan incik tunang nak pegi KFC

Hari kedua, start 8.30pagi
awal awal lagi incik tunang dah sampai
siap pakai baju melayu lagi
takut kena marah le tu
kikikikikiki
era tanya incik tunang
'nak pegi akad nikah ke?'
dia senyum je
hahhahahha
hari kedua ni adalah hari penentuan
dimana kami akan diberikan sijil
diakhir sesi kursus

ni dia sijil kursus !
lepas tu kami pegi sini

gambar gugel je ye !
kedai Piya, pemain bola sepak TRW
incik tunang request nak pegi sini
sebagai tanda sokongan kami
kami sayang PIYA !
kami sayang The Red Warriors !

Monday, October 28, 2013

happy birthday !

Assalamualaikum..

Hari ni 28 Oktober 2013
merupakan hari yang paling bermakna
buat incik tunang saya
hari dimana beliau dilahirkan
hehehehe


Happy Birthday to incik tunang saya !
semoga incik tunang saya diberi 
kesihatan yang baik
umur yang panjang
rezeki yang melimpah ruah
budi pekerti yang mulia
kebahagiaan yang berkekalan
dan semoga Allah memberkati dan melindungi hidup beliau
saya sayang incik tunang saya !
hahahhahha *gedik !

jumpa si jantung hati

Assalamualaikum..

Huh? si jantung hati? sapekah?
hehehehe
sape lagi kalo bukan incik tunang
entry sebelum ni era ada cerita pasal
era nak g KL kan?
haa jumaat lepas
era bertolak ke KL pukul 9 pagi
bertolak dari LKTN Bachok
sampai KL, dekat KL International Hotel
hampir pukul 7 malam
sampai je terus check in hotel
mandi, rehat jap.pastu kuar makan
kuar ngan kawan kawan je dulu
sebab incik tunang baru balik keje
dia nak rehat kejap, 
xmo bersesak dengan jalan jam
dalam pukul 10 lebih, incik tunang sampai dekat hotel
 kami tak g kemana pon
pegi lepak kat Dataran Merdeka je
tengok bebudak main mainan lampu ape entah
era pn xtau apa mainan budak budak zaman sekarang
time ni ramai bebudak tengah syok main
maklum la hari minggu
mak ayah diorang bawa kuar jalan jalan la
dekat pukul 12 jugak la baru kitorang balik

malam esok nye, kami jumpa lagi hehehe
kali ni kami pegi makan dekat Kampung Bharu
belakang hotel tu je
pastu kami pegi pusing pusing jalan KL
pusing Dataran Merdeka lagi
balik dekat pukul 12 malam jugak
sambil sambil tunggu era punya rumate
dia kuar dating, tengok wayang dengan husband dia
kad bilik hotel ada dengan dia
 sooo kena tunggu dia habis tengok wayang dulu la
sian incik tunang !
terpaksa teman era sampai pukul 12 malam

Thursday, October 24, 2013

perkahwinan anak sepupu

Assalamualaikum...

17 Oktober 2013
bertambah lagi sorang ahli
dalam keturunan keluarga besarku
dengan kehadiran suami kepada anak sepupuku
anak sepupu era yang lagi muda dah kawen
era?? errrrr ! =)

menunggu saat untuk diijabkabulkan
masa ni ruang masjid dah penuh
terpaksa duk kat luar dulu
malam ni ramai la pulak orang yang nak akad nikah
tiga pasangan semuanya termasuk sepupu era !

pengantin lelaki tengah akad nikah

menandatangani dokumen sebagai tanda sah bergelar isteri

cium tangan suami dulu
sepupu era sah bergelar isteri dengan dua kali lafaz
ehhh? camne tu?
gugup eh pengantin lelaki?
hehehe

pakaikan gelang sebagai tanda 'Dia Milikku' !

 Majlis Bersanding pada 18 Oktober 2013

pelamin dia, tema purple biru !

acara menyuap pulut kuning

pengantin sama kecik, sama padan ! kikiki

Bacaan doa oleh Atok pengantin perempuan
 Selamat Pengantin Baru buat Fizah dan Khairul !
Didoakan semoga bahagia hingga ke Jannah

Wednesday, October 23, 2013

majlis perpisahan pencen dan pertukaran staf

Assalamualaikum...

22 Oktober 2013
Majlis yang diadakan bagi
menghargai jasa jasa dan pengorbanan
beberapa staf LKTN Bachok
yang telah berpencen 
dan telah ditukarkan ke tempat baru,
sorang ke UMJ, Pasir Puteh
dan dua orang ke Ibu Pejabat, Kubang Kerian

staf yang telah berpencen, Tuan Haji Mat Zahari

macam orang nak buat promotion la pulak ! kikiki
bersemangat betol Tuan Haji ni
menerangkan barang barang yang dikembalikan
setelah diberi 'pinjam'
 hahaha

ucapan wakil LKTN Bachok
Penyampaian cenderahati untuk staf yang berpencen
 
cenderahati untuk Tuan Haji Mat Zahari
 Penyampaian cenderahati untuk pertukaran staf

cenderahati untuk Shaiful

cenderahati untuk Siti Rahayu
 sorang lagi staf yang telah ditukarkan
tak dapat menghadirkan diri pada majlis ni
atas sebab sebab yang tak dapat dielakkan

orang nak ambik gambar makanan la ! sebok je dia ! hahaha

bergambar kenangan bersama Tuan Haji..terus masuk FB !
Terima kasih Tuan Haji !
Terima kasih Shaiful dan Siti Rahayu !
kerana sudi terima jemputan kami
harap Shaiful dan Siti Rahayu tak lupakan kami disini
jasa kalian takkan kami lupakan
harap dapat berjumpa lagi di lain waktu

berani nya dia !

Assalamualaikum..

Entry kali ni era nak cite
pasal sorang budak yang sangat berani
haaa nape ye era cakap macamtu?
ce pikir ce pikir
hehehe

ni era nak cite pasal sorang budak ni
anak sedara cik ct,
aimi nama dia
budak ni sangat sangat berani
berjalan pon xpandai lagi
dah berani mencuba nasib tuk naik kereta ni
mak dia pon xsangka dengan keberanian dia

muka terkejut ! dan nak nanges dah
 mak dia cakap lama dah aimi nak naik benda alah ni
biasa tgok je abang dia yang naik
dan dia akan ikut belakang abang dia tu
bila abang dia 'drive' kereta ni
sian dia kan??

masih lagi terkejut ! hahaha
 bila era snap gambar ni
muka aimi cam terkejut !
nak nanges pon ada
tp bila snap banyak banyak
makin seronok dia
siap senyum ag !

and lastly.. smile ! hahaha
created by blogkisahku.errahafiera@blogspot.com