Kerinduan terdetik dihati setelah beberapa tahun tidak bertemu. Masing2 membawa diri dengan haluan hidup yang dipilih..ada yang dah mendirikan rumahtangga bersama orang yang dicintai..ada yang meneruskan perjuangan sebagai seorang pelajar..dan ada yang sudah membina kerjaya yang dipilih..tidak lupa juga pada yang sedang mencari2 kerjaya yang dapat membina keyakinan diri..
Lepas konvo tahun 2010, member2 ku masing2 membawa diri mengikut haluan hidup sendiri.Tiada lagi masa untuk bersama.study bersama..bergelak ketawa bersama..mengharungi liku2 kehidupan di kampus bersama..itu semua tinggal KENANGAN.kenangan yang kita semua ciptakan bersama2..sungguh indahnya kenangan itu apabila diimbas kembali..mengalir airmataku bila mengingati kenangan itu..kenangan yang x dapat dilupakan..kenangan dari sebuah persahabatan yang suci..
bergambar kenangan sewaktu menghadiri perkhemahan di tapak perkhemahan UDM.. |
Pertemuan singkat 3tahun lalu yang telah diaturkan oleh Allah S.W.T membuahkan sebuah persabahatan yang utuh lagi erat dalam program pengajian Diploma Kewangan.
Annual Dinner Diploma In Finance |
nk jgk ambik gmbar sambil duduk..idea sape la ni...huhuh |
Terima Kasih wahai sahabat2ku...terima kasih diatas sebuah persahabatan ini..walau dimana jua kalian berada, era doakan agar kalian sihat2 sahaja..sentiasa bahagia dengan kehidupan yang dipilih.semoga berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. semoga Allah sentiasa merahmati dan melindungi kalian semua...i luv u olls!!
No comments:
Post a Comment